Teroka TV3 (Tonton Online)

Saturday, August 29, 2015

Teroka TV3 2015

Drama baru sempena hari kemerdekaan. Tajuk cerita Teroka. 
Pelakonnya ialah Adi Putra, Faye Kusairi, Mahmud Ali Bashah, Jasmin Hamid.
Cerita ini tayang dekat TV3, hari Isnin (31 Ogos) jam 10 malam.

Baca sinopsis ringkas: Perbezaan darjat antara Borhan dan Rohana tidak menghalang mereka berdua daripada bercinta, malahan Rohana sanggup menipu bahawa dia sudah terlanjur supaya tidak berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya. Walaupun Borhan dan Rohana dinikahkan tetapi ibu Rohana, Mahani menghalau Rohana keluar dari rumah sekaligus memutuskan hubungan kekeluargaan mereka.

Borhan mengambil keputusan untuk menyahut cabaran di mana dia berpeluang memiliki tanah baharu untuk dijadikan ladang kelapa sawit yang ditawarkan oleh kerajaan. Jadi, bermulalah hidup Borhan dan Rohana meneroka tanah itu untuk dijadikan tapak semaian kelapa sawit. Hubungan mereka berdua teruji kerana segala keperluan serba kekurangan di tempat baharu. Saksikan kisah selanjutnya dalam ‘Teroka’ pada 31 Ogos, pukul 10 malam.

You Might Also Like

0 comments

Video Widget

Follow Us