Polis Evo (2015)

Saturday, August 29, 2015

Polis Evo 2015

Filem aksi Polis Evo di pawagam Malaysia bermula 17 September nanti. Lakonan Shaheizy Sam, Zizan Razak, dan Nora Danish. 

FILEM: POLIS EVO
Tayangan Di Pawagam: 17 September 2015
Genre: Aksi
Pengarah: Ghaz Abu Bakar
Pelakon: Shaheizy Sam, Zizan Razak, Nora Danish, Eyka Farhana
Allahyarham Harun Salim Bachik, Mimi Ernida, Wan Hanafi Su, Pablo Amirul
Terbitan: Astro Shaw

VIDEO TRAILER


SINOPSIS FILEM POLIS EVO
Kisah Polis Evo bermula apabila seorang Inspektor narkotik terbaik di Kuala Lumpur iaitu Inspektor Khai (Shaheizy Sam) ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu. Meskipun kes ini mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan oleh Inspektor Khai sebelum ini, namun dia harus bekerjasama dengan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang bertugas di Terengganu. Ini kerana Inspektor Sani lebih arif dengan selok-belok negeri kelahirannya itu.

Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti berbeza. Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan ini berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikut prosedur dan protokol. Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal.

Segalanya berubah apabila ketua penjenayah, Izrail mula melibatkan keluarga Inspektor Sani dalam kes ini. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kini sedar mereka perlu belajar bekerjasama bagi menyelesaikan misi mereka. Berjayakah mereka melumpuhkan operasi pengedaran dadah tersebut? Dan apakah pengorbanan Inspektor Sani untuk menyelamatkan keluarganya?

You Might Also Like

0 comments

Video Widget

Follow Us