- Monday, October 05, 2015
- 0 Comments

Zlatan Ibrahimovic memegang takhta sebagai penjaring gol terbanyak pasukan Paris Saint-Germain selepas menjaringkan dua penalti ketika menang 2:1 keatas Marseille pagi tadi.
Zlatan Ibrahimovic kini telahpun menjaringkan 110 gol daripada 137 penampilan bersama PSG, melepasi rekod yang sebelum ini dipegang oleh Pauleta.
Paris Saint-Germain 2 : 1 Marseille
-Ibrahimovic (41')
-Ibrahimovic (44')
-Batshuayi (30')
Full Highlights 04.10.2015 HD
- Monday, October 05, 2015
- 0 Comments

Perlawanan antara Atletico Madrid dan Real Madrid pagi tadi berkesudahan seri dengan jaringan 1:1. Real Madrid bermula baik mendahului tuan rumah hasil jaringan Karim Benzema pada minit ke-9. Pada minit ke-22 Atletico Madrid mendapat sepakan penalti namun gagal disempurnakan oleh Antoine Griezmann.
Pada separuh masa kedua, Real Madrid lebih banyak bertahan, namun kekebalan pertahanan mereka bocor pada minit ke-64 jaringan pemain gantian Vietto.
Atletico Madrid 1-1 Real Madrid
-Benzema (9')
-Griezmann (22')
-Vietto (84')
Full Highlights 04.10.2015 HD
- Monday, October 05, 2015
- 0 Comments

Arsenal berjaya memungut mata penuh di tempat lawan selepas menewaskan Crystal Palace dengan keputusan 1:2. Arsenal yang membariskan kesebelasan utama mereka bermula baik dan berjaya menjaring gol awal pada minit ke-16 hasil jaringan cantik Olivier Giroud. Tidak lama kemudian, Crystal Palace berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Ward dari luar kotak penalti. Gol kemenangan Arsenal diperolehi melalui gol sendiri Delaney yang tertampan bola tandukan Alexis Sanchez ke dalam gol.
Crystal Palace 1-2 Arsenal
Penjaring GOL:
Olivier Giroud 16'
Joel Ward 28'
Damien Delaney 55' (Gol Sendiri)
Full Video Highlights HD | 16.08.2015
- Monday, August 17, 2015
- 0 Comments

