- Friday, August 28, 2015
- 0 Comments
Rancangan Ke Indonesia Ke Kita?
Dulu di Korea, sekarang kembali menjelajah negara Indonesia untuk musim ke-2.
Disana Wak Doyok dan Myo akan travel perkenalkan bumi Indonesia sambil main game.
Ke Indonesia Ke Kita start hari ini, Selasa, pukul 9.00 malam di TV9.
Tajuk: Ke Indonesia Ke Kita
Channel : TV9
Mula Tayangan : 28 Julai 2015
Masa: [Setiap Selasa, 9.00 mlm]
Jumlah Episode : 13
Update Terkini : Episod 2
Tonton Online Ke Indonesia Ke Kita
EPISOD 1
Link [ tonton ]
- Tuesday, July 28, 2015
- 0 Comments
Rancangan bual bicara sempena Aidilfitri yang di hoskan oleh pelawak-pelawak tersohor negara bersama artis jemputan. Menampilkan barisan hos berbeza untuk setiap episod. Zizan, Zero, Senario dan Shiro akan menggeletek anda dengan segmen-segmen lucu bersama tetapu undangan yang lain.
Hari ini di hoskan oleh Senario (Saiful Apek, Lan Pet Pet, Azlee Senario) bersama artis jemputan Awal dan Scha. Sharnaaz Ahmad juga ada untuk episod lain.
24 Julai, 31 Julai, 7 Ogos, 14 Ogos 2015, 10.00mlm
Astro Warna & Astro Mustika HD
- Friday, July 24, 2015
- 0 Comments
Malam ini ada program komedi Dalang Prank Raya
Di Astro Warna, Astro Mustika HD
7 syawal, 23 JULAI 2015, 10.30 MALAM
Rancangan ’game show’ menampilkan 2 orang artis mingguan yang akan menjadi dalang untuk melakukan prank ke atas mangsa. Prank yang terbaik akan dipilih oleh penonton di studio. Dalang yang kalah akan didenda oleh pemenang.
Malam ini Shahrol dengan Along jadi dalang
Datuk Ac Mizal jadi hos.
- Thursday, July 23, 2015
- 0 Comments
Shila Amzah berkongsi pengalaman beraya di perantauan. Bagaimana penyanyi ini mengimbangi karier sambil menjalani ibadah puasa dan persiapannya menyambut Aidilfitri di bumi China? saksikan #SyawalShilaShanghai jam 1.30 petang ini di Astro RIA dan RIA HD.
Syawal Shila Shanghai
Di Astro Ria & Astro Ria HD
5 Syawal, 21 Julai 2015, 12 tghhari
5 Syawal, 21 Julai 2015, 12 tghhari
Ikuti kehidupan harian Shila Amzah yang melebarkan sayapnya di negara China. Saksikan bagaimana dia menjalani ibadah puasa dan emmenuhi jadual nyanyiannya. Juga persediaan Shila untuk beraya di negara asing. Hanya eksklusif untuk anda.
- Tuesday, July 21, 2015
- 0 Comments
Petang ni pukul 1.30 petang boleh tengok Karok La Kau Raya.
Artis karok lagu raya di Astro Ria & Ria HD1 Syawal & 2 Syawal,17 JULAI & 18 JULAI 2015,1.30ptg
Karok La Kau versi Raya kali ini diriuhkan lagi dengan artis-artis undangan seperti Tomok, Eida Moin, Black, Amelina, Elfira Loy dan Nabila Huda. Dihoskan oleh FBI dan Hanif.
- Saturday, July 18, 2015
- 0 Comments
Raya Kedua ni ada rancangan Anugerah Juara Lagi.
Diorang akan buat parodi tentang persembahan Anugerah Juara Lagu.
Antara pelawak yang akan parodi ialah Abam, Jihan Muse, Ain Sufia, Achey dan Ammar.
Jangan lupa tengok pukul 5 petang nanti di TV3
ANUGERAH JUARA LAGI (A.J.L)
Raya Kedua (18 Julai), 5.00 – 6.00 petang
Hos: Ammar, Issey, Amyza Adnan, Fizie Hot FM
Pernahkan anda membayangkan anugerah muzik paling hebat di Malaysia, Anugerah Juara Lagu (AJL) dijadikan bahan parodi? Anugerah Juara Lagi akan membuat parodi dengan pilihan persembahan terhebat dalam sejarah AJL oleh pelawak terkenal seperti Abam, Jihan Muse, Ain Sufia, Achey dan Ammar. Antara persembahan yang akan dijadikan parodi ialah Jamal Abdillah (Senandung Semalam), Ramlah Ram (Kau Kunciku Cintaku Di Dalam Hatimu), Siti Nurhaliza (Jerat Percintaan), Faizal Tahir (Sampai Syurga, Hanyut & Karma), Noraniza Idris (Dikir Puteri) dan Sudirman (Merisik Khabar).
- Saturday, July 18, 2015
- 0 Comments
Raya pertama petang esok TV3 ada rancangan Meh Raya Meh!
Rancangan variasi raya yang mencabar para selebriti membuat parodi bagi klip video popular. Namun, cabaran yang sebenar dalam membuat parodi ini apabila penyanyi perlu berlakon dan pelakon pula perlu menyanyi bagi klip video tersebut.
Hos untuk rancangan ini ialah Fara Fauzana dan Sharnaaz Ahamad
Antara pelakon selebriti yang menjayakan program ini ialah Tomok, Asfan, Elizad, Izzue Islam, Aisya Hasnaa, Kaka Azraff
Jangan lupa hari Raya Pertama (17 Julai), 4.00 – 5.00 petang
- Thursday, July 16, 2015
- 0 Comments








