Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium (2015)

Tuesday, August 25, 2015

Poster Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium
Poster Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium

Filem baru Usop Wilcha Meghonjang Masuk Muzium di pawagam berdekatan 3 September 2015. Pelakon utama Usop Wilcha, Elizabeth Tan, Nasir Bilal Khan, Namron dan Mason R Walker.

FILEM: USOP WILCHA MEGHONJANG MAKHLUK MUZIUM #UWMMM
Tayangan Di Pawagam: 3 September 2015
Genre: Komtemporari Komedi, Seram
Pengarah: Mamat Khalid
Pelakon: Usop Wilcha, Elizabeth Tan, Nasir Bilal Khan, Namron, Hitler Zami, Farahdhiya, Pyanhabib, Kamarool Hj Yusoff, Along Eyzendy, Man Kadir, Mawar Rashid
Terbitan: Mountingboard Productions Sdn Bhd

VIDEO TRAILER


SINOPSIS USOP WILCHA MEGHONJANG MAKHLUK MUZIUM
Mengisahkan keadaan yang berlaku dalam sebuah muzium yang menyimpan banyak khazanah dan pengetahuan yang semakin dilupai oleh masyarakat masa kini. Segala khazanah sejarah yang sepatutnya menjadi kebanggaan dan pedoman masyarakat dalam merencanakan masa depan, telah di biarkan begitu sahaja.

Apabila Institusi Muzium semakin kurang sambutannya maka, pihak pengurusan Muzium telah megadakan satu pameran “Hantu-Hantu Dunia” untuk kembali menarik minat pengunjung.

Tanpa di sedari oleh pengurusan Muzium, penganjuran pameran ini mempunyai matlamat tersendiri.Melalui perancangan licik kumpulan pengamal ilmu hitam yang berasal dari Romania, penganjur Pameran ini sebenarnya ingin menghidupkan kembali Raja Dracula iaitu Vlad The Impaler.Bagi memenuhi hasrat ini maka kumpulan ini telah menganjurkan pameran ini di setiap Benua. Mengikut kepercayaan kumpulan ini, Dracula akan dapat hidup kembali dengan mendapatkan darah segar manusia dari setiap Benua. Muzium UPSI adalah lokasi terakhir yang mewakilli benua Asia.

Namun tanpa di sedari oleh penganjur, ada sesetengah pihak di sini yang dapat menghidu perancangan mereka. Mereka tidak sedar bahawa keadaan Negara Malaysia ini mempunyai keunikannya sendiri kerana patung-patung tokoh yang terdapat dalam Muzium ini hidup ketika masyarakat alpa dan leka.

Ada tiga Era tokoh dan bahan sejarah yang hidup dalam Muzium ini. Era Perak Man, Era 15 Masehi iaitu Sultan Mahmud Syah bersama dengan Bendahara baginda yang ke 6 iaitu Tun Perpatih Puteh dan hulubalang, begitu juga Era 18 Masehi iaitu Datuk Maharaja Lela, SiPutum dan pengikutnya.

Ketiga-tiga Era ini yang sentiasa tidak bersependapat dan sering berbalah ini, menyedari perancangan Penganjuran hantu-hantu ini. Dengan membuang perasaan Ego Era masing-masing, mereka terpaksa bersatu demi menyelamatkan masa depan cucu cicit mereka. Namun mereka terpaksa mendedahkan rahsia kehidupan mereka ini demi untuk meminta pertolongan manusia zaman ini untuk turut serta. Siapakah yang mereka pilih dan apa kriteria yang mereka tetapkan untuk berkomunikasi dengan manusia zaman ini. Maka di sini kemunculan Usop Wilcha yang baru bekerja sebagai penyelengara eletrikal di Muzium itu menjadi harapan mereka.

You Might Also Like

0 comments

Video Widget

Follow Us