Dhia Sofea (Tonton Online)

Wednesday, October 14, 2015

Dhia Sofea tv3

Malam ini ada cerita baru di TV3 untuk slot Samarinda. 
Tajuk cerita Dhia Sofea. Ganti drama sebelum ini Bukan Isteri Sempurna.
Pelakon utama Amyra Rosli, Fadlan Hazim, Syafiq Kyle, Maria Farida, dan Sharifah Haslinda.
Tayangan setiap hari Rabu dan Khamis pukul 10 malam.
Sinopsis : Mengisahkan Dhia Sofea yang mencari siapakah ibu dan bapa kandungnya selepas mendapat tahu dia hanyalah anak angkat kepada Mak Yam. Mak Yam membesarkan Dhia seperti anak kandungnya. Din, seorang anak yatim paitu juga menumpang kasih Mak Yam. Din menyimpan perasaan terhadap Dhia tetapi dia tidak meluahkan isi hatinya apabila Dhia pulang ke kampung bersama teman lelakinya, JJ. Dhia hanya mempunyai seutas rantai berhuruf M yang dipakai sewaktu bayi dijadikan sebagai bukti sehinggalah dia terjumpa sekeping gambar lama di rumah JJ ketika hadir ke parti hari jadinya. Dhia terkejut apabila JJ memberitahunya bahawa wanita itu ialah ibunya, Lorena.

Dhia meminta izin daripada Mak Yam untuk tinggal di rumah makciknya, Cik Non di Kuala Lumpur. Dhia mencari alasan untuk mendekati Lorena. Apabila Dhia mendapat peluang untuk bertanya Lorena tentang loket rantai itu, Lorena tidak mengaku. Dhia mula putus asa tetapi JJ memujuknya dan berjanji akan menolongnya. Dhia terharu dan terus mencari bukti-bukti.

Lorena mula resah dan dia telah berjumpa dengan kawan baiknya, Dolly (Sharifah Haslinda). Lorena juga tidak mahu kerjaya suaminya, Mahadi (Dato’ Eizlan Yusof) tercalar. Dolly mula merancang sesuatu untuk menghapuskan Dhia supaya rahsia tersebut tidak terbongkar. Berjayakah Dhia menemui siapakah ibu bapa kandungnya? Apakah rahsia yang disimpan oleh Lorena dan Dolly?

TONTON ONLINE DHIA SOFEA
- Link tonton.com.my
- video lain update kemudian


You Might Also Like

0 comments

Video Widget

Follow Us