Suamiku Jatuh Dari Langit (2015)

Friday, June 19, 2015


Filem terbaharu taruhan MIG bertajuk 'Suamiku Jatuh Dari Langit'. Filem bergenre komedi ini bawah arahan sutradara Eyra Rahman. Selain komedi, filem ini menerapkan konsep kekeluargaan dan kasih sayang seorang bapa. Bakal menemui penonton dipawagam pada hari raya pertama pada 17 Julai nanti.

SINOPSIS SUAMIKU JATUH DARI LANGIT
Filem ini mengisahkan seorang gadis kampung bernama Asyikin (Nora Danish) yang merupakan anak kepada ketua kampung yang tegas, Pak Bidin (Kaza)

Keluarga mereka sangat menitikberatkan soal agama. Oleh itu, Asyikin dididik oleh bapanya untuk menjadi seorang wanita yang menutup aurat, lemah lembut dan pandai mengaji.

Manakala Che Awang (Syuk SYJ) dan Awie (Qi Razali) pula  merupakan pemuda kampung yang nakal dan suka mengganggu gadis-gadis di kampung mereka.

Suatu hari, Awie memerlukan wang untuk melangsaikan hutangnya. Awie telah menyelinap masuk ke dalam rumah ketua kampung dengan memanjat dari bumbung untuk mencuri. Namun dia tersalah pijak dan terjatuh di hadapan Asyikin yang baru selesai solat. Awie terpegun melihat kecantikan Asyikin, manakala Asyikin terkejut melihat kemunculan Awie. Bermulalah detik-detik yang mencuit hati terjadi di antara mereka.

VIDEO TRAILER


TAJUK : SUAMIKU JATUH DARI LANGIT
Klasifikasi : P13
Tarikh Tayangan : 18 Julai 2015
Genre : Komedi / Romantik
Pengarah : Eyra Rahman
Pelakon : Nora Danish, Qi Razali, Syuk SYJ, Atikah Suhaimie
Terbitan : Metrowealth

You Might Also Like

0 comments

Video Widget

Follow Us