Gangsterock Kasi Sengat (2015)

Thursday, June 18, 2015


Gangsterock Kasi Sengat
Filem Melayu baharu arahan pertama Soffi Jikan. Bertajuk 'Gangsterock - Kasi Sengat'. Lakonan Soffi Jikan, Saiful Apek, Khir Rahman, Izara Aishah, Aqasha, dan Allahyarham Harun Salim Bachik. Bakal ditayangkan dipawagam pada hari raya nanti bermula 17 Julai 2015.

SINOPSIS GANGSTEROCK

Mengikuti empat watak protagonis iaitu Khidir, seorang ketua gangster yang ingin bersara daripada geng, namun dia diberi amaran maut juga berbuat demikian.

Watak Rude, pesaing Khidir yang lebih muda dan lebih agresif yang bersedia untuk mengambil peluang.

Manakala watak Shake dan Bromo, dua rockers malang yang ditipu dan ditinggalkan oleh kumpulan band mereka dan lebih malang apabila tidak semena-mena menjadi sasaran kemarahan Rude .

Ketika berlaku satu kecurian, Shake dan Bromo telah berjaya menyelamatkan loket Mak Jenab. Sebagai balasan, Mak Jenab membenarkan mereka tinggal di rumahnya. Ketika mereka ke kedai makan, penduduk menyangkakan mereka adalah gangster. Kebetulan apabila gangster sebenar muncul mahu memungut wang perlindungan dan memukul peniaga-peniaga di situ, Shake dan Bromo membantu. Bermulalah perseteruan dengan Rude yang berjanji akan membunuh mereka berdua dengan tangannya.

Cerita bermula apabila Shake mencuba nasib menjadi bintang Rock di KL. Dia bertemu dengan Bromo yang mahu membantunya. Namun Gangster di KL yang menguasai ekonomi menggunakan cetak rompak dan kekerasan untuk menghapuskan saki baki penentangan di kalangan Rockers. Hanya dengan semangat Rockers sejati, bersatu menentang kezaliman, itu jalan keluar. Mampukan Rockers-rockers bersatu?
                 
Tajuk : GANGSTEROCK
Genre : Aksi / Komedi
Tarikh Tayangan : 18 Julai 2015
Pengarah : Soffi Jikan
Pelakon : Soffi Jikan, Saiful Apek, Khir Rahman, Izara Aishah, Sharifah Amani, Harun Salim Bachik, Aqasha, Nam Ron, Syafie Naswi, Z Zamrie
Terbitan : YKS Film Maker Sdn Bhd

WATAK PELAKON
Soffi Jikan sebagai Shake
Saiful Apek sebagai Bromo
Khir Rahman sebagai Khidir
Izara Aishah sebagai Mala
Sharifah Amani sebagai Nian
Harun Salim Bachik sebagai Zuan
Aqasha sebagai Rude
Nam Ron sebagai Dino
Syafie Naswip  sebagai Ringgo
Z Zamrie sebagai Zam

VIDEO TRAILER

#gangsterock #kasisengat

You Might Also Like

0 comments

Video Widget

Follow Us