Morata hampakan impian Real Madrid

Thursday, May 14, 2015

Juventus berjaya mara ke peringkat akhir Champions League apabila berjaya mengikat Real Marid di Santiago Bernabeu dengan jaringan 1:1 menjadikan agregat 3:2.

Real Madrid bermula baik dengan mendapatkan gol pertama melalui sepakan penalti Cristiano Ronaldo pada minit-23 selepas James Rodriguez dijatuhkan pertahanan Juventus.

Kegembiraan Real Madrid dimusnahkan sama sekali oleh bekas pemain Real Madrid, Alvaro Morata yang menjaringkan gol penyamaan pada minit-57 memastikan kemaraan Juventus ke peringkat akhir bertemu Barcelona di Berlin bulan depan, 6 Jun.


Kemaraan Juventus juga menghampakan jutaan penonton yang ingin melihat saingan el clasico antara Barcelona dan Real Madrid di kejuaraan terbesar itu.

You Might Also Like

0 comments

Video Widget

Follow Us