Anak Michael Schumacher menang Formula 4

Wednesday, April 29, 2015


Anak lelaki Michael Schumacher, Mick Schumacher yang berusia 16 tahun telah memenangi perlumbaan pertamanya dalam Formula 4 di Oschersleben, Jerman.

Mick Schumacher memanfaatkan sebaiknya safety car yang memasuki perlumbaan akhir, dan memecut untuk mencapai kemenangan selesa.
 

Mick Schumacher kini menduduki tempat kelima pemandu keseluruhan dengan 27 mata selepas tiga perlumbaan.

Walaubagaimanapun aksi Mick tidak dapat dilihat oleh ayahnya yang kini mengalami kecederaan parah di kepala dalam satu kemalangan ski pada Disember 2013 lepas.
 
 aksi Mick Schumacher dalam perlumbann Formula 4

 

You Might Also Like

0 comments

Video Widget

Follow Us