Kifarah Mistik TV3 - Mandi Bunga

Friday, October 16, 2015

Kifarah Mistik

Cerita baru Kifarah Mistik. Tayang setiap hari Jumaat jam 9 malam di TV3.
Ada ramai pelakon seperti Siti Elizad Sharifuddin, Syed Aiman, Aqasha, Syafiq Kyle, Afzan Abd Rahman.
Jangan lupa tengok episod pertama malam ini Mandi Bunga

Sinopsis Mandi Bunga
Mak Bedah meraung. Sekali lagi anak daranya Shamilah, 29, putus tunang tanpa sebab yang kukuh. Bila ditanya kepada Milah, Milah jawab dia tak buat salah apa pun. Tunang kelima dia, Rosdi yang tiba-tiba pulangkan cincin tunang mereka. Mak Bedah memaki-maki keluarga Rosdi yang dirasakan menolak tuah dan calon isteri terbaik sebab Milah sempurna segalanya. Kerja bagus, pengurus butik pakaian, penampilan pun selalu anggun. Tapi satu yang Mak Bedah tak tahu, Milah sombong dan terlalu memilih. “Kalau aku nak, petik jari 10 mari punye…”; “Kalau nak kahwin dengan aku, lelaki tu kena gaji lebih besar dari aku. Tak ada sebiji kereta mewah, jangan pandang aku…”; “Aku sanggup tak kahwin sampai ke tua daripada jadi bini kedua!” Dialog-dialog seperti ini sering dituturkan ketika bersama kawannya Aina yang juga pemilik butik. Malah empat orang tunang Milah sebelum ini semuanya sebab Milah yang tak rasa serasi dengan mereka. Tanpa solat isthikarah, Milah sesuka hati memutuskan pertunangan mereka.

TONTON ONLINE 


You Might Also Like

0 comments

Video Widget

Follow Us