Juvana 2 (2015)

Tuesday, October 06, 2015

Poster Juvana 2

Saksikan kesinambungan filem Juvana bakal ditayangkan di seluruh Malaysia pada 29 Oktober ini.

FILEM: JUVANA 2
Tayangan Di Pawagam: 29 Oktober 2015
Genre: Aksi
Pengarah: Faisal Ishak
Pelakon: Johan As'ari, Zahiril Adzim, Hasnul Rahmat, Pekin Ibrahim, Adam Shahz, Shera Ayob, Nad Zainal, Hafreez Adam, Ekya Farhana
Terbitan: Filmscape Sdn Bhd, Juita Viden Sdn Bhd, Star Media Group Berha


SINOPSIS JUVANA 2
Filem sekuel kepada filem pertama yang akan tertumpu di luar sekolah berbanding filem terdahulu dan mengisahkan tentang kehidupan mereka selepas keluar daripada Sekolah Wira Bakti. Kisah Daim, Botak dan Ayam serta rakan-rakan mereka menyesuaikan diri di dunia luar sebaik sahaja hukuman mereka berakhir.

Botak dan Ayam akhirnya dibebaskan lebih awal ekoran penglibatan mereka menyelamatkan orang awam ketika kejadian rusuhan yang dicetuskan oleh Lan Todak, ketua samseng yang memusuhi mereka sebaik sahaja mereka dipindahkan ke Sekolah Indera Sakti.

Setelah bertemu semula rakan-rakan mereka, Botak pulang ke rumah dengan penuh azam untuk memulakan hidup baru bersama ayahnya, manakala Ayam menuju ke rumah Apek untuk menjaga adik-adiknya seperti yang diamanahkan oleh Apek sehingga dia dibebaskan. Bagaimanapun, harapan mereka untuk masa depan yang lebih baik terpadam dalam masa yang amat singkat. Kini, ayah Botak seorang penagih dadah manakala adik Apek pula menjadi konco geng penjenayah yang dikenali sebagai Geng Jebat. Pada masa sama, Daim sedang meneruskan pengajiannya dalam bidang guaman bersama teman wanitanya, Sara yang sering mengatakan Daim hanya membuang masa apabila masih bergaul bersama-sama rakan-rakan dari Sekolah Wira Bakti.

Kemudian, nasib tiga sekawan ini menjadi bertambah buruk apabila orang yang mereka kasihi menjadi mangsa culik Tok Ki yang kejam tanpa diketahui motifnya, sehingga memaksa anak-anak muda ini berusaha keras untuk menyelamatkan mereka. Akhirnya, hanya seorang individu sahaja yang boleh membantu mereka.

You Might Also Like

0 comments

Video Widget

Follow Us