­
­
Intipati Bajet 2016 | dLayari

Intipati Bajet 2016

Friday, October 23, 2015


Bajet 2016
Pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari ini Jumaat, 23 Oktober 2015 dijadualkan pada pukul 4 petang. Bajet berjumlah RM267.2 bilion bertemakan "Mensejahtera Kehidupan Rakyat".

Tengok live streaming perbentangan bajet di http://myklik.rtm.gov.my/tv1

# Intipati Bajet 2016

* Bajet 2016 memperuntukkan RM267.2 bilion, berbanding RM260.7 bilion peruntukan dipinda 2015.
 
* RM215.2 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM52 bilion untuk perbelanjaan pembangunan
 
* RM70.5 bilion untuk emolumen, RM36.3 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan   * Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan RM30.1 bilion
 
* Peruntukan untuk sektor sosial merangkumi pendidikan dan latihan, kesihatan, perumahan dan kesejahteraan masyarakat RM13.1 bilion
 
* Peruntukan sektor keselamatan RM5.2 bilion
 
* Kutipan hasil kerajaan Persekutuan untuk 2016, diunjurkan RM225.7 bilion, meningkat RM3.2 bilion berbanding 2015.
 
* Defisit fiskal kerajaan dijangka menguncup kepada 3.1 peratus pada 2016.

* Sasaran sumbangan pelaburan domestik kepada KDNK pada 26.7 peratus bagi tahun 2016
 
* Pembangunan Malaysian Vision Valley dengan unjuran pelaburan permulaan RM5 bilion
 
* Pembangunan Cyber City Centre di Cyberjaya dengan nilai pembangunan RM11 bilion
 
* Pembangunan Bandar Lapangan Terbang atau Aeropolis KLIA dengan pelaburan RM7 bilion
 
* Pelaburan RM6.7 bilion oleh Khazanah Nasional dalam sembilan projek domestik berimpak tinggi
 
* Projek RAPID Complex Pengerang, Johor dengan pelaburan dianggarkan RM18 bilion
 
* Projek Rubber City di Kedah dengan peruntukan RM320 juta, Taman Perindustrian Samalaju, Sarawak (RM142 juta) dan Jeti Minyak Kelapa Sawit di Sandakan, Sabah (RM20 juta)
  
* Elaun Pelaburan Semula Khas dalam sektor pengilangan dan pertanian terpilih bagi syarikat sedia ada
   
* Pengecualian duti setem 20 peratus ke atas surat cara pembiayaan patuh syariah untuk pembelian rumah
   
* Skim Dana Pembiayaan PKS Patuh Syariah sehingga 31 Dis 2017

 * Peruntukan RM107 juta untuk melaksanakan Pelan Induk PKS 
   
* Peruntukan RM60 juta untuk Skim Anjakan Usahawan serta Skim Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan PKS
   
* Peruntukan RM200 juta untuk menubuhkan dana pinjaman SME Technology Transformation Fund di bawah SME Bank

* Membina dan menambah baik pengangkutan rel dan lebuh raya

* RM900 juta untuk projek penyuraian trafik Jalan Tun Razak

* Kajian pembinaan lebuh raya pesisiran pantai Masjid Tanah-Klebang-Jambatan Syed Abdul Aziz di Melaka

* RM42 juta untuk membina Lapangan Terbang Mukah, Sarawak, menaik taraf lapangan terbang di Kuantan dan Kota Baharu

* Kajian pembesaran landasan Lapangan Terbang di Batu Berendam, Melaka

*SKMM sediakan RM1.2 bilion untuk projek jalur lebar luar bandar, National Fiber Backbone Infrastructure, jalur lebar kelajuan tinggi dan sistem kabel dasar laut

* RM250 juta untuk projek pendigitalan penyiaran nasional bagi tingkatkan kualiti audio visual dan beri nilai tambah kandungan tv

* RM1.4 bilion untuk membina dan menaik taraf jalan luar bandar

* RM878 juta untuk projek Bekalan Elektrik Luar Bandar kepada 10,000 rumah

* RM568 juta untuk Projek Bekalan Air Luar Bandar kepada 3,000 rumah

* Kerajaan sasar 30.5 juta pelancong pada 2016, menyumbang RM103 bilion kepada ekonomi negara

* Permohonan visa secara dalam talian untuk China, India, Myanmar, Nepal, Sri Lanka, Amerika Syarikat dan Kanada

* RM450 juta untuk pelbagai program pertanian berimpak tinggi

* RM190 juta kepada Fama untuk Program Penurunan Harga untuk tambah 50 Pasar Tani dan wujudkan 150 Agrobazaar Rakyat 1Malaysia

* Penjenamaan semula Mardi, Jabatan Veterinar, Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan

* RM235 juta untuk Program Promosi 1Malaysia, Dana Eksport Perkhidmatan dan Dana Promosi Eksport di bawah Matrade.

* RM877 juta untuk pelbagai usaha teknologi hijau seperti bekalan air bersih

* RM515 juta untuk meningkatkan mutu bekalan elektrik di Sabah

* RM41.3 bilion untuk Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia bagi 2016

* Pembinaan 30 sekolah rendah, 27 sekolah menengah, empat MRSM dan lima SBP

* RM135 juta untuk Program Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris

* Had maksimum amaun pelepasan cukai ke atas yuran pengajian dinaikkan RM7,000 daripada RM5,000 setahun

*RM70 juta disediakan bagi pinjaman tanpa faedah untuk membina rumah panjang di Sabah & Sarawak dengan had pinjaman RM50,000 setiap unit melalui BSN

*Mulai 1 Jan 2016, caj penuh rawatan akan dikenakan kepada pesakit bukan warganegara Malaysia

*Lima hospital baharu akan dibina di Pasir Gudang, Kemaman, Pendang, Maran dan Cyberjaya

*RM852 juta diperuntukkan kepada Risda dan Felcra untuk laksana pelbagai program peningkatan pendapatan dan produktiviti

*100,000 unit rumah PPA1M akan dibina menjelang 2018 dengan harga RM90,000 hingga RM300,000

* 100,000 unit rumah PPA1M akan dibina menjelang 2018 dengan harga RM90,000 hingga RM300,000

*Pengguna warga Malaysia akan mendapat kembali rebat bersamaan amaun GST yang dibayar, yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun perkhidmatan prabayar mereka, mulai 1 Jan, 2016 hingga 31 Dis, 2016

*Buat kali pertama, anak yang menyara ibu bapa diberi pelepasan cukai terkumpul RM1,500 untuk ibu, RM1,500 untuk bapa dengan syarat tertentu

*Had pelepasan cukai untuk setiap anak 18 tahun ke atas termasuk anak OKU yang melanjutkan pengajian ke IPT dalam dan luar negara dinaikkan kepada RM8,000 mulai tahun taksiran 2016

* Pelepasan cukai bagi pembayar individu yang pasangannya tiada pendapatan dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM4,000

*Had pelepasan cukai setiap anak berumur 18 tahun ke bawah mulai taksiran 2016 digandakan daripada RM1,000 kepada RM2,000

*Pemberian khas RM500 kepada semua penjawat awam, RM250 untuk 700,000 pesara kerajaan pada Jan 2016

*Mereka berpendapatan antara RM600,000 dan RM1 juta, kadar cukai pendapatan ditingkatkan kepada 26 peratus daripada 25 peratus

*BRIM akan memberi manfaat kepada 4.7 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang dengan peruntukan RM5.9 bilion

* Mulai 1 Julai 2016, kadar pencen minimum adalah RM950 sebulan

*RM1,200 sebulan adalah gaji permulaan terendah dalam perkhidmatan awam yang akan memberi manfaat kepada 60,000 penjawat awam mulai 1 Julai 2016

*M523 juta diperuntukkan untuk pembangunan kem tentera darat ESSCOM di Felda Sahabat, Lahad Datu

*RM17.3 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertahanan untuk teknologi terkini

*RM60 juta diperuntukkan untuk program ramalan dan amaran banjir negara serta bangunkan sub-pusat gempa bumi dan tsunami nasional di Sabah

*RM730 juta diperuntukkan bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir di seluruh negara

*RM200 juta diperuntukkan untuk Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama untuk pembeli rumah pertama bayar deposit

* RM100 juta diperuntukkan di bawah KKMM bagi program eRezeki dan eUsahawan, untuk manfaat 100,000 golongan B40

*Lebuhraya Pan Borneo yang dijadual siap pada 2021 tidak akan dikenakan tol

*RM3.7 bilion diperuntukkan kepada Mara termasuk menaja pengajian 72,000 pelajar Bumiputera di peringkat pendidikan tinggi

*E-Visa akan dilaksana pada pertengahan 2016 bagi memudahkan ketibaan pelancong

*SKMM sediakan RM1.2 bilion antara lain untuk tingkatkan kelajuan internet luar bandar kepada 20 Megabit sesaat

*RM900 juta diperuntukkan untuk Projek Penyuraian Trafik Jalan Tun Razak

You Might Also Like

0 comments

Video Widget

Follow Us