Pontianak Menangis (2015)

Monday, September 14, 2015

Pontianak Menangis

Filem komedi seram Pontianak Menangis ditayangkan di pawagam pada 1 Oktober 2015. Gabungan pelawak di Malaysia.

FILEM: PONTIANAK MENANGIS
Tayangan Di Pawagam: 1 Oktober 2015
Genre: Komedi / Seram
Pengarah: Ismail Jejaka
Pelakon: Watie Sadali, Joey Daud, Yassin SYJ, Hamdan Senario, Rahim Sepahtu, Soya
Terbitan: Heart N Soul Sdn Bhd



SINOPSIS PONTIANAK MENANGIS
Mengisahkan tentang Kampung Selamat yang sering diganggu pontianak dan sering berlaku kecurian harta benda penduduk kampung. Berikutan itu, penduduk kampung itu telah berpakat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka. Seorang pemuda bernama Man Kelentong telah memberitahu bahawa dia mengenali seorang pakar pengusir Pontianak dari tanah Jawa yang digelar Raja Paku. Penduduk kampung bersetuju dengan cadangan Man Kelentong. Man Kelentong kemudian berpakat dengan rakannya Mat Nyeh untuk menyamar sebagai Raja Paku.

You Might Also Like

0 comments

Video Widget

Follow Us