Jwanita (2015)

Sunday, August 30, 2015

Jwanita 2015

Filem seram Jwanita di pawagam pada 24 September 2015. Lakonan Maya Karin, Bront Palarae, Marsha Milan, Cristina Suzanne.

FILEM: JWANITA
Tayangan Di Pawagam: 24 September 2015
Genre: Ngeri, Seram
Pengarah: Osman Ali
Pelakon: Maya Karin, Bront Palarae, Marsha Milan, Cristina Suzanne, Umie Aida
Allahyarham Harun Salim Bachik, Mimi Ernida, Wan Hanafi Su, Pablo Amirul
Terbitan: Nuansa Sdn Bhd & Ehsan Production

VIDEO TRAILER


SINOPSIS FILEM JWANITA
Mengisahkan seorang gadis bernama Jwanita (Maya Karin) yang mengalami masalah mental yang serius akibat kisah silamnya yang sering didera secara mental dan fizikal oleh ibu dan bapa angkatnya yang mengamalkan ilmu hitam.

Sinar harapan mula muncul dalam hidupnya selepas Jwanita bertemu dengan Farhan (Bront Paralea) yang bekerja sebagai doktor yang merawatnya selepas dia membunuh kedua ibu bapa angkatnya.

Namun, segalanya musnah apabila Farhan yang dicintainya merupakan tunang kepada adik kandungnya sendiri iaitu Julaika yang ternyata lebih bernasib baik darinya. Selepas menghilangkan diri pada hari perkahwinan Farhan dan Julaika, Jwanita muncul semula.

Jwanita kembali dengan perwatakannya yang jauh berbeza, namun dengan azam dan dendam durjana.

You Might Also Like

1 comments

Video Widget

Follow Us