Malaysia Tambah 2 Emas Menerusi Acara Terjun
Saturday, June 06, 2015Emas kedua negara diperolehi melalui Cheong Jun Hoong dalam acara Terjun 3 meter Papan Anjal Individu Wanita.
Cheong Jun Hoong mempereoleh 349,65 mata untuk pingat emas menewaskan rakan senegara Wendy Ng Yan Yee dengan 309,20 mata untuk pingat perak.
Atlet Malaysia terus mempamerkan aksi hebat di Pusat Akuatik OCBC, apabila menambah emas ketiga melalui pasangan gandingan Ooi Tze Liang dan Chew Yi Wei dalam acara terjun 10m platform seirama lelaki.
Ooi Tze Liang dan Yi Wei mengutip 404.37 mata mengatasi gandingan Indonesia dan Thailand yang meraih perak dan gangsa.
0 comments