Isteri Separuh Masa Episod Akhir

Monday, June 08, 2015


Hari ini merupakan malam kemuncak untuk drama bersiri Isteri Separuh Masa lakanan Aiman Hakim dan Emma Maembong. Saksikannya di Astro Ria (104) dan Ria HD (123) malam ini jam 10 malam.

SINOPSIS EPISOD AKHIR ISTERI SEPARUH MASA

Ketika Medina Izwani diculik dalam episod Isteri Separuh Masa (ISM) pada minggu lalu, suaminya, Dr. Nazrin Shah ke Korea Selatan kerana urusan kerja. Lebih mendebarkan Medina masih tidak mengetahui identiti sebenar Zafril yang menculiknya.

Dalam episod akhir malam ini, detik mencemaskan bakal berlaku apabil Zafril bertindak ganas kerana dendamnya terhadap Medina. Dr. Nazrin pula bakal bertindak sebagai wira demi untuk menyelamatkan isterinya.

Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Lebih teruk apabila mereka dijodohkan oleh nenek mereka.

You Might Also Like

0 comments

Video Widget

Follow Us