Apple iOS 9 - Apa Yang Baru

Tuesday, June 09, 2015


Apple baru sahaja mengumumkan versi baru iOS 9 semalam pada acara tahunan Apple WWDC. Berikut ulasan ringkas fungsi baru yang terdapat pada Apple iOS 9:

1. Kemaskini Siri dengan fungsi carian dan notifikasi baru. Disamping sokongan bantuan seperti Google Now dipanggil Proactive Assistant. Contohnya, dia akan scan email dan buat pengecaman unknown number ataupun simpan jemputan dalam kalendar ataupun pasang muzik yang sesuai awal pagi.

2. Apple juga keluarkan aplikasi baru dikenali Apple News menggantikan aplikasi Newsstand. Aplikasi ini sama macam Flipboard untuk baca berita. Aplikasi sedia ada juga dikemaskini seperti Notes dan Passbook yang kini dipanggil Wallet.

3. Akhirnya Apple keluarkan fungsi multi-tasking. Tapi setakat ini hanya untuk pengguna iPad. Multi-tasking ini sama macam Windows 8. Boleh split screen buka secara bersebelahan, boleh lebarkan dan kecilkan. Selain itu, boleh buka video secara berasingan, contohnya baca artikel sambil pasang video yang terapung (picture-in-picture video)

4. Untuk bateri, Apple perkenalkan fungsi 'Low Power Mode'. Fungsi ini katanya boleh menahan tambahan 3jam secara penggunaan aktif.

5. Apple Maps sekarang disertai arah laluan transit, bas, subway tapi untuk kawasan tertentu sahaja.


6. Apple juga keluarkan Apple Music. Streaming lagu seperti Spotify. Aplikasi ini untuk semua OS termasuk android dan windows.

7. Apple Pay ada juga update. Tapi untuk UK sahaja.

Semua pengguna iOS 8 boleh dapatkan iOS 9 dan fail simpanan untuk install bersaiz 1.3GB. Versi Beta akan keluar bulan Julai nanti, untuk versi akhir sebulan lepastu.


You Might Also Like

0 comments

Video Widget

Follow Us