Aksi memukau Neymar bantu Brazil menewaskan Peru

Monday, June 15, 2015


Brazil berjaya menewaskan Peru dalam perlawanan pertama mereka di kejohanan Copa America 2015. Keputusan 2:1 sudah memadaikan buat Brazil memungut 3 mata penuh di kumpulan C.

Pada awal perlawanan Brazil dikejutkan oleh jaringan awal pasukan Peru hasil cubaan Christian Cuev minit ke-3, selepas penjaga gol Brazil, Jefferson melakukan kesilapan hantaran kearahnya.

Namun Brazil pantas bangkit dengan menjaringkan gol pada minit ke-5 hasil jaringan ayam tambatan mereka, Neymar.

Permainan terus dikuasai pasukan Brazil, namun tiada jaringan dapat dihasilkan, sehinggalah pada minit akhir masa kecederaan, pemain gantian Douglas Costa menjaringkan gol kemenangan Brazil hasil hantaran cantik Neymar yang berjaya melolosi benteng lawan.

You Might Also Like

0 comments

Video Widget

Follow Us