Real Madrid Pecat Jurulatih Carlo Ancelotti

Tuesday, May 26, 2015


Presiden Real Madrid mengesahkan jurulatih Carlo Ancelotti akan diganti jurulatih baru yang akan diumumkan pada minggu depan.

Sekali lagi jurulatih menjadi mangsa keadaan ekoran kegagalan Real Madrid merangkul takhta LaLiga dan tewas di separuh Liga Juara Juara tempoh hari ke atas Juventus.

Untuk rekod Ancelotti berjaya memenangi empat piala bersama Real Madrid iaitu Champions League, Super Cup. Fifa Club World Cup dan Copa Del Rey.

Keputusan itu menunjukkan Real Madrid telahpun memecat 9 jurulatih dalam 12 tahun. Bekas jurulatih Liverpool, Rafael Benitez dan bekas jurulatih Dortmund, Juergen Klopp antara calon pilihan untuk memegang jawatan kejurulatihan baru di Real Madrid.




You Might Also Like

0 comments

Video Widget

Follow Us