Hafizh Syahrin Terbabas, Mata Pertama Azlan Shah di MotoGP Itali

Sunday, May 31, 2015


Pelumba Petronas, Hafizh Syahrin gagal memungut mata untuk perlumbaan Moto 2 di GP Itali selepas terjatuh di akhir perlumbaan.

Bermula di petak ke-14, Hafizh Syahrin terperosot ke tempat-22 diawal perlumbaan sebelum berjaya memperbaiki kedudukannya untuk pusingan seterusnya. Hafiz Syahrin bersaing rapat dengan rakan senegara, Azlan Shah dan bekas juara Moto 3, Alex Marquez dan juga Alex Rins untuk tempat ke-11.

Namun pada pusingan akhir, Hafizh Syahrin terbabas sekaligus gagal menambah mata. Ini merupakan kali pertama Hafizh Syahrin gagal memungut mata untuk musim ini.


Walabagaimanapun, seorang lagi pelumba Malaysia, Azlan Shah yang menunggang motor Honda Team Asia berjaya mendapat mata pertama selepas menduduki tempat ke-15.

You Might Also Like

0 comments

Video Widget

Follow Us