Hafiz Syahrin Tempat Ke-12 Moto 2 (GP SPAIN)

Sunday, May 03, 2015


Pelumba Malaysia, Hafiz Syahrin menduduki tempat ke ke-12 untuk perlumbaan Moto 2 di Grand Prix Sepanyol. Dia yang bermula di petak ke-20 berjaya untuk menduduki tempat ke 16 pada awal perlumbaan namun kembali merundum ke tempat 20 sebelum meningkatkan tunggungannya untuk menamatkan perlumbaan di tempat ke-12 bagi meraih 4 mata berharga. Hafiz Syahrin yang mewakili Petronas Raceline Malaysia kini mempunyai 20 mata keseluruhan di tempat ke-10 untuk kedudukan Moto 2.

Manakala rakan seperjuangan dari Malaysia iaitu Azlan Shah berada di tempat ke-21 manakala Zaqhwan Zaidi menamatkan perlumbaan ditempat terakhir.  Zulfahmi yang berlumba untuk Moto 3 pula masih gagal menempatkan diri ditempat terbaik apabila sekadar meraihkan tempat ke-26, kedua tercorot.
 

You Might Also Like

0 comments

Video Widget

Follow Us